Thursday, August 4, 2011


AWAS!!! CHINA-FAKE :PENUKARAN DAGING BABI KE DAGING LEMBU
Salam semua! Pasti anda semua pernah mendengar atau membaca berita sebelum ini mengenai telur tiruan yang hampir 100% asli dari segi luarannya yang mampu dibuat di negara China. Pada kali ni, kita dikejutkan pula dengan berita mengenai kemampuan sebuah restoran di negara China yang mampu menukarkan daging khinzir kepada daging lembu! Agak memeranjatkan apabila ianya agak berbahaya terutamanya kepada orang Islam yang sudah pasti mengetahui bahawa daging khinzir adalah haram. Baru-baru ini juga, Jabatan Industri dan Perdagangan Hefei telah menemui aditif extract daging yang semakin banyak dipasarkan di pasaran mereka. Ianya membolehkan daging ayam atau “apa-apa jenis daging” menjadi seperti daging lembu. Doktor menjangkakan penggunaan jangka panjang dari aditif boleh menyebabkan keracunan, cacat, dan bahkan kanser.
Hefei, reporter mengesahkan proses selama 90 minit mampu menukarkan daging babi kepada daging lembu.Antara proses yang dilakukan bagi menukarkan daging khinzir kepada daging babi adalah seperti berikut :

Langkah 1 : Ekstrak daging lembu high grade digunakan yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
Langkah 2: Agen yang spesific digunakan untuk menghilangkan rasa daging babi. Beg kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.

Langkah 3: Daging babi digaul di dalam pinggan selepas ditambah ekstrak daging lembu.

Langkah 4: Suatu perbandingan dapat dilihat di antara daging babi yang telah dicampur ekstrak daging lembu (kiri) dan satu daging lagi yang tidak dicampur extract tersebut.

Langkah 5 : Hasil sebenar dapat dilihat di antara daging babi yang asli (kiri) dan daging lembu palsu selepas 2 jam dimasak. Daging babi yang menggunakan ekstrak daging lembu hampir sama dengan daging lembu asli.

Setelah siap proses tersebut, akhirnya daging lembu palsu ini bolehlah dihidangkan.

*Mencari yang HALAL itu wajib. Maka sila kunjungi gerai kami untuk menghilangkan keraguan itu.*

Sumber – ChinaSmack