Friday, March 18, 2011

Cara Memotong, Melapah, Melembutkan Daging



Entry hari ini untuk tips and trick mengetahui bagaimana cara memotong daging…sebenarnya bukan mudah juga untuk memotong daging kalau tidak kena caranya..daging akan liat susah hendak empuk ,walaupun sekarang ini berbagai kaedah untuk menyenangkan kerja memasak, susah-susah potong jerkan kemudian masukkan dalam slow cooker atau pressure cook tu reneh jer.he3…tak pun mungkin yang kata, apa susah2??…ko yang potong daging tu atau daging tu yang potong ko???.betul jugakkan tak yang pening2kan kepala..
Sebenarnya kat negara barat atau negara arab dari pemerhatian saya..cara mereka memotong daging agak berlainan dan ada teknik2 khusus,dalam bahagian daging kepada beberapa nama ….antaranya bahagian mana untuk di buat steck, stew atau pun sup.. ada bahagian2 daging yang sesuai dan tidak sesuai, mungkin ini kerana cara pemakanan mereka atau  resipi masakan berdaging mereka tidak sama dengan cara masakan daging dalam resipi melayu kita. Kebanyakan orang kita agak kurang mengambil berat pada bahagian2 daging ini.
Bagaimana cara melapah dan memotong daging lembu di tempat kita betul-betul kena caranya atau tidak, saya pun tidak pasti. Sebab kekadang ada setengah daging yang kita beli, kejap jer masak dan kadang2 lama pula..ini semuanya ada kaitan dengan cara kaedah asal memotong tadi, dan cara orang yang masak pula memotong untuk sediakan resipinya..semua ini berkait juga dengan penghadaman daging setelah dimakan. Ok, untuk mudahkan kerja memotong sudah pastilah daging yang fresh, setengah kata “daging batang pinang” yang paling bagus …
Apa itu Daging Batang Pinang ?
“Daging Batang Pinang rujuk WIKI” “Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya Sirloin adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di America adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di Amerika potongan “top sirloin” merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat stik. Daging batang pinang biasanya di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dinegara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia; iaitu satay.”
Daging batang pinang ni bukan saja mahal tapi tidak berapa banyak..selalunya disediakan untuk membuat satey ..kadang-kadang susah juga nak pastikan mana yang ori daging ini..So, petua membeli daging, tengok keadaan daging yang warna merah kehitaman tu..maknanya daging lembu tua…Kalau kita pegang pun kita tahu sebab texture dia keras sikit… Kalau daging lembu muda..warna merah pucat..dia punya texture pun lembut aje kalau kita pegang… selalunya isinya nampak padat dan kemerahan dan jalur uratnya padat…jadi untuk buat satey boleh campurkan dengan daging bahagian lain . Cara potong daging pun kena pandai jugak..kena potong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk.. caranya tenguk jalur2 urat daging..then letakkan daging bertentangan dengan pisau dan potong..kira macam” Huruf  T “. Kaeah ini di pangil (across the grain) ..tapi kalau daging yang dah tua..kena pulak part yang banyak muscle..potong melintang pun keras juga.
Tips Cara memotong Daging
* Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.
* Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, jadi memotong searah serat daging…ia akan menyebabkan daging yang sudah dimasak menjadi kenyal atau liat bila dimakan.
* Pada beberapa bahagian daging mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong melintang mengikuti arah serat daging tadi.
Cara atau petua memilih  membeli daging

Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam) Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara.
Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat “ketakutan” ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat. Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.
Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak. Melembutkan daging secara tradisi. Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing. Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing. Melembutkan daging secara moden. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya. Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.
Hilangkan Bau Daging
Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula. Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan ashaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.
TIPS Menyimpan daging beku.
Kadang-kadang kita  membeli daging beku di supermarket. Tetapi bayak perkara yang tidak kita ambil perhatian..kerana daging yang beku ini sudang kurang banyak zat di dalamnya.So ada beberapa perkara perlu diambil berat adalah cara menyimpannya di peti sejuk, supaya daging tahan lama..
* Sebelum dimasukkan ke peti ais, bungkus rapat daging dengan plastik kedap udara. * Simpan di freezer dengan suhu (idealnya) -18°C.
* Simpan dengan rapi, tidak terlalu sesak dan banyak.
* Jika  ingin memasak daging tersebut, biarkan daging  mencair di bahagian tengah peti ais (bukan freezer) dengan suhu menjadi -1°C. sampai +4°C. “Jadi jika besok ingin memasak daging tersebut, sehari sebelumnya keluarkan daging yang beku di tempat yang tidak terlalu dingin, supaya tidak cair dengan tiba-tiba. Kerana perubahan suhu yang terlalu cepat  boleh membuat gizinya hilang.
* Boleh cairkan daging dengan mengeluarkannya dari  peti asi, atau dalam suhu bilik. Proses  cairan memang cepat, tetapi waktu masak daging biasanya terasa keras.
* Cepat2 masak  bila daging dah mencair dan lembut.
* Daging yang sudah dikeluarkan dari freezer untuk dimasak sebahagian (sudah mencair), sebaiknya tidak dimasukkan kembali ke dalam freezer lagi (dibekukan lagi).
* Jika kesemua tips ini dilakukan dengan cermat dan teliti, daging beku dapat disimpan selama 6 bulan.
credit to: alikram.net

No comments:

Post a Comment